Apa erti rokok?
Rokok ialah sejenis silinder yang mengandungi kimia dan bahan-bahan yang merbahaya seperti nikotin, tar dan karbon monoksida.
Apa erti merokok?
Ianya adalah satu tabiat yang digemari sebahagian manusia zaman sekarang dan menjadi keperluan remaja yang menggangapnya sebagai kedewasaan dan kematangan.
Apa yang menyebabkan ketagihan merokok?
· Ianya mengandungi nikotin yang menyebabkan ketagihan.
· Merokok berulang kali juga boleh membuatkannya ketagihan.
Jenis-jenis bahan merokok dari tembakau:
· Rokok
· Cerut
· Tembakau paip
· Seesha
Adakah merokok merbahaya?
Ya ianya sangat merbahaya kerana tembakau menyebabkan penyakit barah dan penyakit jantung.
Adakah merokok ini hanya membawa maut kepada si perokok?
Tidak, orang yang di sekelilingnya juga boleh membawa maut kerana asap rokok yang dihembus oleh perokok itu lebih merbahaya dan ini juga dikatakan sebagai perokok pasif
Apakah bahan kimia yang merbahaya dalam asap rokok?
Terdapat 4000 bahan beracun dalam asap rokok diantaranya:
· Tar(bahan untuk membuat jalan raya)
· Ammonia(pencuci lantai)
· Napthylamine(ubat gegat)
· Arsenik(racun anai-anai)
· Nikotin
Kadmium(terdapat dalam bateri)